Latar Belakang


canselori 1

Pusat Komunikasi Korporat wujud setelah melalui beberapa fasa perubahan pengurusan dan juga staf yang terlibat. Mula dikenali sebagai Unit Komunikasi Korporat (UKK) sebaik sahaja Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) ditubuhkan pada tahun 2006. Staf terdiri daripada mereka yang terlibat di dalam Unit Perhubungan Awam, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali UniSZA Kampus Gong Badak) dan beberapa staf baharu yang dilantik sejajar dengan keperluan fungsian Jabatan.

Pada Mei 2013, UKK dan Pusat Hal Ehwal Antarabangsa digabungkan menjadi PKKA. PKKA diterajui oleh seorang Pengarah dan 2 orang Timbalan Pengarah (Antarabangsa dan Promosi), dibantu oleh 4 orang Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 7 orang staf sokongan. Pada Julai 2013, Bahagian Jaringan Industri dan Komuniti (BJIK) dan semua fungsinya dipindahkan juga ke PKKA dan nama PKKA berubah menjadi PKKIA dengan jumlah staf seramai 16 orang. Bulan November 2013, sekali lagi PKKIA berubah nama menjadi PKKA kembali setelah BJIK diasingkan dari PKKIA dan wujud sebagai PTj yang berasingan.

Bulan Januari 2015, PKKA sekali lagi diberi penjenamaan semula menjadi Unit Komunikasi Korporat dan Antarabangsa (UKKA) dengan penambahan struktur organisasi serta penambahan staf Multimedia dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM) ke UKKA menjadikan jumlah staf keseluruhan adalah seramai 28 orang. Bulan Julai 2016, UKKA sekali lagi berubah nama menjadi Pusat Pengantarabangsaan dan Komunikasi Korporat (CICC) seterusnya Mesyuarat JKPU Bil.7/2017 yang bersidang pada 7 Mac 2017 bersetuju CICC menggunakan nama Pusat komunikasi Korporat (PKK) selepas pengasingan Pusat Pengantarabangsaan dan Pusat Komunikasi Korporat pada 18 Januari 2017.

Kini, PKK terus wujud dengan penambahbaikan struktur organisasi dan kekuatan staf seramai 16 orang